Sunday 5 February 2017

Duhai Jiwa...

Bismillah...

Duhai Jiwa,
Kau tahu, setiap jiwa mahu disayangi,dikasihi,
Namun, sedarlah engkau bahawa,
Manusia tidak akan sentiasa ada untuk mu,
Tidak semua jiwa bisa dan sanggup untuk menerima,
Segala kelemahan dan kekurangan diri mu,
Jadi untuk apa?
Untuk apa masih mencari dan menagih pada manusia?

Duhai Jiwa,
Sedarilah,
Bahawa Allah itu sentiasa ada untukmu,
Sentiasa menunggu dan memanggilmu,
Untuk mengadu dan berharap pada-Nya,
Walaupun engkau sentiasa melakukan kesalahan,
Penuh dengan cacat dan cela,
Namun Dia tetap kasih dan sayang akan dirimu,

Duhai Jiwa,
Mengapa masih berharap pada yang tak sudi?
Mengadu pada yang tidak mengerti?
Mengapa perlu begini?
Bukankah Dia sumber segala ketenangan dan kebahagian hati?

Duhai Jiwa,
Kembalilah pada-Nya,
Tautkan hati sekemas-kemasnya dengan Dia,
Sehinggalah engkau meraih cinta dan redho-Nya,
Dan bersedia untuk pulang dengan hati yang selamat,
Penuh dengan cinta dan takutkan-Nya.

Aamin.

No comments:

Post a Comment