Sunday 26 February 2017

Kembara #BanatHN ke Medan!

Bismillah.
Lama betul ya menyepi, disebabkan sibuk atau malas? Hmm Sudah tentulah malas itu punca utamanya. Haha. Malas betul nk menaip.

Baiklah, sebenarnya sudah lama nak kongsikan budget travel kami ke Medan, tapi itu la, selalu saja tertangguh-tangguh. Jadi hari ini mood agak baik dan rajin untuk melayan perasaan "ber-blogging", so boleh la nak kongsi walaupun dah hampir 2 bulan perjalanan kami berlalu.

Sepanjang perjalanan kami, kakak saya, iaitu k. Kinah selaku bendahari mengira duit dan perbelanjaan kami, kiranya more kepada "menguruskan budget" kami sepanjang di Medan la. 😆 Jadi, segala yang akan saya senaraikan di sini juga adalah hasil dari kerajinan beliau. ✌


Jadi dibawah ini adalah itinerary juga perbelanjaan ke Medan dan sepanjang 5 hari 4 malam di sana:

Kuraan secara keseluruhan:

KT ke KLIA2 (return) – RM73/1pax
KLIA2 ke Kuala Namu (return) – RM180/1pax (AirAsia)
Transport – RM413/5days
Minyak  - RM105/5days
Parking  - *xterkira sebab banyak sangat masuk parking dan setiap kali parking kena bayar 300rp.
Penginapan (3 tempat) - 1,130,000rp
Makan/Minum : *masing2
Air Mineral (4 botal besar) - 23,000rp
Kereta Sewa ke Airport - 100,500rp

Day 1

2.20 pm  - Gerak dari KLIA2.

8.00pg    - Lunch di Nasi Ayam penyet cindelaras ( sedap yang parah kot sambal dia)

9.00pg    - Bergerak ke Danau Toba.

9.30 malam - check in Melissa Palace Hotel

10.00 malam - Dinner

END~tido

*minyak kete - 223,041rp
*Lunch           -90,000rp
*air mineral(4botol)   -23,100rp
*Dinner       - 103,000rp
*Melissa Palace Hotel (2bilik) - 450,000rp


Hari Kedua
Pulau Samosir


7.30pg   - Check-out & direct ke feri untuk ke Pulau Samosir
Singgah Sipiso-piso

11.00pg - Lunch
11.30pg - Melawat Muzium batak.

*Feri ke pulau samosir (6pax) - 120,000rp(return)
*brekfest(5pax) - 156,000rp
*Parking - 20,000rp
*masuk pulau samosir - 20,000rp(6pax)
*jagung bakar   - 50,000rp(5pax)
*masuk piso-piso - 20,000rp
*parking   - 3,000rp
Dien Karona Hotel (2bilik) - 400,000rp


Hari Ketiga


6.30pg    - Check out & direct ke Gunung Sibayak
8.00pg  - mendaki ke puncak
1.00tgh   - Singgah Sipiso-piso Sambil menikmati air terjun.
8.00mlm - Sampai Berastagi.
9.00mlm - Dinner. Beli di pasar sebelum masuk hotel.

Parking -3,000rp
Beli strawberi (2pack) -40,000rp
Masuk La Hot Spring (6pax) - 60,000rp
Lunch  (6pax) - 162,000rp
Motel Al Aisy(2bilik)-280,000rp
Dinner   -66,000rp
End.


Hari Keempat

Beli Belah di Pasar Ikan.
Istana Maimoon.
Toko Bika Ambon Zulaikha.
Masjid raya
Lunch(ikan bakar)
Dinner  -martabak,duyan,workop

Parking  - 20,000rp
Martabak - 105,500rp
Durian - 20,000ro
workop(dibelanja)


Hari Kelima
singgah di UIN
Lunch  - dijamu pelajar Terengganu di medan

Bye Medan

Total berbelanjaan *lebih kurang* : 2,535,141rp bersamaan rm 845.18 + rm413 *transport di Medan

Rm 1258 ÷ 5 = rm 251.60

Rm 251.60 + rm73 *tiket flight kt + rm 180 * tiket flight ke Medan
Total = rm 504.60 - 1pax *lebih kurang.

Maaf la kalau ada tersalah ke apa,saya pun pening dh nk kira duit rupiah ni,banyak sangat angkanya. 😂

Sekian...

Sunday 5 February 2017

Duhai Jiwa...

Bismillah...

Duhai Jiwa,
Kau tahu, setiap jiwa mahu disayangi,dikasihi,
Namun, sedarlah engkau bahawa,
Manusia tidak akan sentiasa ada untuk mu,
Tidak semua jiwa bisa dan sanggup untuk menerima,
Segala kelemahan dan kekurangan diri mu,
Jadi untuk apa?
Untuk apa masih mencari dan menagih pada manusia?

Duhai Jiwa,
Sedarilah,
Bahawa Allah itu sentiasa ada untukmu,
Sentiasa menunggu dan memanggilmu,
Untuk mengadu dan berharap pada-Nya,
Walaupun engkau sentiasa melakukan kesalahan,
Penuh dengan cacat dan cela,
Namun Dia tetap kasih dan sayang akan dirimu,

Duhai Jiwa,
Mengapa masih berharap pada yang tak sudi?
Mengadu pada yang tidak mengerti?
Mengapa perlu begini?
Bukankah Dia sumber segala ketenangan dan kebahagian hati?

Duhai Jiwa,
Kembalilah pada-Nya,
Tautkan hati sekemas-kemasnya dengan Dia,
Sehinggalah engkau meraih cinta dan redho-Nya,
Dan bersedia untuk pulang dengan hati yang selamat,
Penuh dengan cinta dan takutkan-Nya.

Aamin.

Wednesday 1 February 2017

Kembara Banat HN #LastPart

Bismillah. 
Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua kelas bermula untuk semester baru. Kelas pagi2 lagi hari ini dah dapat assignment kak oi. 😂

Ok baiklah, sebelum saya dapat tugasan yang lain, ada eloknya saya habiskan coretan saya berkenaan kembara kami hari itu.
...

Day 4 (13/1/2017) :

Kami "check out" dari tempat penginapan al-aisy pada pukul 9 pagi. Kemudian, kami terus menuju ke Pajak Ikan, iaitu pasar borong. Di sana terdapat banyak sangat kedai2 dan bermacam2 jenis jualan. Kami menapak masuk je ke dalam pasar tu, terus ada yang mengekori kami mempromosikan barang jualannya. Agak rimas, tapi buat taktau je. 😂

Ha.. Inilah suasana pajak ikan yang sempat saya rakam.

Setelah penat pusing2 satu pajak ikan ni, sampai pening dah tak tau nak beli apa, kami pun ke Istana Maimun, Kesultanan Deli. Disini pun terdapat beberapa kedai yang menjual cenderahati.

Dihadapan Istana Maimun




Kemudian, kami pun menuju ke Masjid Raja dan juga solat jama' asar zohor di sana.

Kami dihadapan Masjid Raja.

Usai solat, kami pun ke rumah kawan along. Malam itu kami menginap di rumah tu kebetulan semua dah pulang ke Malaysia. Pada malam itu, yang mana merupakan malam terakhir kami di Medan, along dan kawannya membawa kami merasai makanan disini. Antaranya; murtabak makyung. Serious best sangat murtabak ni, dah la ada banyak jenis. Keju ada, bbq ada apa lagi tah. Ingat apa yang kami order je. He he.



Kemudian, along membawa kami ke sibolang durian, merupakan tempat khas untuk orang ramai menikmati pelbagai jenis durian. Kami pun tak terlepas la untuk merasa, walaupun durian di mana2 sama je kot rasanya. Entahlah. Sebenarnya perut kami berempat dah cukup kenyang makan murtabak makyung sebelum itu. Jadi, kami hanya makan sekadar untuk merasa, itupun tak habis satu durian tu. Jadi, mereka lah yang jadi mangsa untuk habiskan. 😂


Kami dihadapan sibolang durian.


Akhir sekali, along membawa kami ke "warkop", iaitu singkatan kepada warung kopi. Baru je duduk, ada orang datang mengalunkan halwa telinga kepada kami. Benda biasa la tu kan di Indonesia. 


Setelah selesai minum, kami pun pulang... 


Day 5 (15/1/2017) :

Hari terakhir kami di Medan. Pagi itu, kami keluar melawat universitas kawan2 Malaysia kami belajar. Setelah itu, kami mencari sedikit lagi ole2 yang kurang. Kemudian terus pulang ke rumah kembali untuk bersiap2 ke airport. Makan tengahari kami dijamu oleh kawan2 Malaysia yang belajar disini. Tak sangka rupanya ada kawan satu sekolah dahulu belajar disini, kecilnya dunia, rupa-rupanya kita saling mengenali kan. Setelah asar, kami pun berangkat ke Kualanamu Internasional Airport. 

Di UINSU.

Atas: kawan2 satu sekolah. 
Bawah: antara kawan2 serumah mereka.

Makan tengahari.

Bersama along dan juga fadzil,kawan along.

Maka... Berakhirlah kembara 5 hari 4 malam di bumi Medan. Terima kasih buat semua yang berjasa. Semoga Allah merahmati kalian dan membalasnya dengan segala kebaikan yang banyak.



Tiba di KLIA2 lebih kurang  pukul 10 malam kalau tak silap saya lah. Selepas itu kami mereput dan menjadi 'gelendangan' sementara di situ untuk menunggu next flight pada pukul 7 pagi.

Emm..
Indahnya pengalaman, dengan adanya memori... 💕

The end.

P/s: ada masa nanti saya akan update budget pula ye.

Monday 30 January 2017

Kembara Banat HN #Part 3

Bismillah...
Esok, insha Allah akan bermulanya sesi pembelajaran. So, kena rajin2kan diri skit cari masa untuk membebel kat sini. He he.

...

Kami meneruskan perjalanan kami ke Berastagi. Sampai di Berastagi, check in di tempat penginapan kami lupa dah nama tempat tu. Sebelum check in, kami pusing2 di pajak buah dan intai2 sedikit cenderamata. Malam tu kami rehat di bilik je dan makan maggi😂 Udara di Berastagi memang dingin betul la bila malam, kalau di Danau Toba tu pun dah rasa macam dingin sampai ketar2 nak mandi, di Berastagi lagi sejuk! Tak perlu kipas apatahlagi aircond. Udara semulajadinya dah macam aircond da pun. Air dia ya ampun! Macam ais batu dalam peti ais kat rumah tu ha. Ingatkan di Melissa Palace dh sejuk sangat dah air dia, rupa-rupanya di Berastagi lagi sejuk! 😂

Day 3: 

Keesokan paginya,  kami berpakat untuk gerak awal pagi sebab nak hiking gunung sibayak, jadi kami berpakat gerak pukul 6 pagi. Masa subuh tu, semua pakat tak nak masuk toilet takut sejuk dan memang sejuk sangatlah air dia! Macam ais ketul. Usai solat subuh dan masukkan beg dalam kereta, kami pun terus menuju ke tempat pendakian. Jalan nak naik ke tempat tu sungguh menyeramkan. Dengan ketinggiannya, kecerunannya, ditambah pulak jalannya, masha Allah! Tapi apa2pun, alhamdulillah sampai jugak la. Turun je dari kereta, kitaorang excited bebenor tau, sebab ada asap keluar kat mulut. Haha! Lawak pulak teringat balik masa tu. Batak yakmat!

Kami pun mula la mendaki... Takde dah la keluar asap kat mulut ke apa sebab masa naik tu matahari dah naik da pun, cuma hidung masing2 mula berair. Saya pun tak pasti kenapa, mungkin asap dari gunung tu kot. Masa kami naik tu, boleh tahan tebal asap dari gunung tu. Masa sampai puncak pun tak berapa nak nampak sangat bawah sebab kabus asap. 








Ha.. Inilah antara gambar2 kami semasa mendaki dan juga di puncak Gunung Sibayak. Gunung merupakan gunung berapa yang masih aktif, tapi tidaklah meletus. Kata orang disini,  "gunung berapi yang tidur". Alhamdulillah kami berjaya menawan gunung yang berkentinggian 2,212m, ataupun 7,257 kaki ini dalam masa lebih kurang satu jam lebih kot. Tak sure sangat sebab banyak sangat berhenti untuk ambil gambar kami dan pemandangan. 😂
Orang yang paling excited, semestinya saya lah. First time hiking la katakan. Berkobar2!  Bila sampai puncak tu agak gayat la sikit. Nak tengok bawah pun cover2. 😂Saya sendiri rasa macam tak percaya boleh sampai puncak. Alhamdulillah masa tu boleh lawan lagi sakit tu. Kalau ikutkan ummi memang takkan baginya la ku panjat gunung tu. Not bad la kan ketinggian gunung ni untuk beginner macam saya ni. 


Sedikit info berkenaan gunung sibayak ni:

"Gunung Sibayak adalah kelas gunung berapi aktif yang memiliki uap panas. Selain itu, letusan yang terjadi beberapa waktu lalu cukup mengguncang bebatuan di puncak gunung. Kondisi yang cukup “tidak beraturan” pada bebatuan puncak nya ini, justru menjadi keunikan tersendiri yang menarik wisatawan yang senang menguji adrenalinnya untuk berusaha menaklukkan Gunung Sibayak hingga mencapai puncaknya."
"Gunung Sibayak berlokasi di dataran tinggi Karo, Kabupaten Karo, Sumatera Utara. Ketinggian Gunung yang kerap menjadi objek pendakian ini mencapai 2.094 meter dpl. Secara administratif, hutan alam pegunungan ini masuk dalam dalam kategori Taman Hutan Raya (Tahura) Bukit Barisan. Puncak tertinggi dari Gunung Sibayak bernama “Takal Kuda”. Ini adalah bahasa Karo yang berarti “Kepala Kuda”. Posisi koordinat puncaknya adalah berada pada 97°30’BT dan 4°15’LS."




Setelah turun ke bawah, kami pun meneruskan perjalanan kami menuju ke kolam air panas berastagi dan juga singgah sebentar di kebun strawberry. 


Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan kami pulang ke bandar Medan, kerana keesokannya taufik akan pulang ke Malaysia. Perjalanan mengambil masa dalam 3/4jam. Sampai di bandar Medan dalam pukul 5petang, kami mencari tempat penginapan untuk bermalam. Alhamdulillah, malam itu kami bermalam di tempat penginapan al-aisy. Usai isya', kami merancang untuk jalan2 di sekitar bandar itu, namun hujan. Jadi, kami pun keluar mencari makan, dan bakso menjadi pilihan kami. Setelah makan, kami pun kembali ke tempat penginapan. 

Maka, perjalanan kami seterusnya pun bersambung pada keesokan harinya.

To be continued... 

Sunday 29 January 2017

Kembara Banat HN #Part 2

Maka kami pun memulakan perjalanan kami menuju ke destinasi yang pertama, iaitu Danau Toba. Sebelum itu, kami singgah di Restoran Ayam Penyet Cindelaras untuk menikmati penangan nasi ayam penyet di sana. Sepanjang di sini nasi ayam penyet inilah yang sentiasa menjadi pilihan kami dan juga jus pokat. Sedapnya tu masha Allah! 😍


Setelah itu, kami meneruskan perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 5 jam juga lah untuk sampai di Danau Toba. Kami terus ke tempat penginapan kami, Melissa Palace, yang telah ditempah oleh kakak saya, k.Ain. Tibanya kami di sana sekitar jam 10 malam. Setelah check in, kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran sekitar sana. Kembalinya kami ke penginapan kami sekitar jam 1 pagi. Fuh.. Lama nau makan nasi goreng Ja punn.. 😂

Day 2:





Ha.. Ini lah pemandangan dari luar bilik kami. Cantik kan. Pagi2 lagi dah excited keluar bilik tengok pemandangan macam ni. Memang memukau pandangan mata dan jiwa! Siapa lagi yang patut dipuji, kalau bukan Allah yang menciptakan? SubhanAllah... 

Kami memulakan hari kami disini seawal 7 pagi setelah kemas2 dan check out. Kami terus menuju ke jeti untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju, iaitu Pulau Samosir, dimana di dalam pulau tersebut terdapat perkampungan kaum batak, juga muzeum orang batak serta kedai2.

                       
Bergambar di jeti, sebelum bertolak ke Pulau Samosir. Ha..inilah along *kiri* dan taufik *kanan*.

Pemandangan Danau Toba.. SubhanAllah.. Udara disini dingin je. Nyaman. 



 Gambar di bawah ni setelah tibanya kami di Pulau Samosir.


"Pulau Samosir merupakan sebuah pulau besar di Danau Toba dimana di Pulau Samosir sendiri terdiri dari enam kecamatan dari sembilan kecamatan yang terdapat di Kabupaten Samosir.  Danau Toba sendiri memiliki panjang 100 km dengan lebar 30 km dan kedalaman bisa mencapai 505 m yang berada di ketinggian 900 meter. Danau Toba merupakan danau terbesar di Indonesia dan danau vulkanologi terbesar di dunia. Pulau Samosir sendiri memiliki luas 640 km2 dan merupakan pulau tengah danau kelima terbesar di dunia."


Kami pun meninjau2 kawasan di dalam pulau ini sementara tunggu kedai yang kami nak pergi ni bukak. Taufik ni la yang cadangkan kami untuk beli di kedai mbak yang sudah biasa berurusan dengannya.

Ketika kami meninjau2 tempat ini, tiba2 ada seorang ibu yang menjaga makam sidabutar ni mengajak kami untuk masuk dan menghulurkan kepada kami kain yang di bahu kami ni. Kami dengan serba salah, ambil la pakai. Nak tolak, tapi dah dihulurkan... Ambil je la.

Masuk lalu dan berhenti di kawasan kosong di tepi ni bergambar la juga satu.
Kemudian kami terus keluar. *goosebumps*


Kemudian, kami pun singgah bergambar sebentar di hadapan rumah adat orang batak ini.


Lama jugak la pusing2 je takde arah semata2 tunggu kedai mbak tu bukak, tak bukak2. Kebetulan masa kami pusing balik ke kedai mbak tu suaminya keluar. Jadi mbak tu terus buka kedainya.. Hehe

Sementara tunggu mbak itu buka kedai,  kami pun singgah di muzium batak ini. 


Muzium batak ni betul2 depan kedai tu.


Kami bergambar di luar je. Semua seram nak masuk. Haha
Untuk cerita lebih lanjut boleh baca di blog ini: 

Ha.. Inilah kedai mbak *tak ingat dah nama*

Setelah membeli sedikit buah tangan, kami pun mencari kedai makan halal di luar perkampungan ini. Setelah makan, kami pun kembali ke pelabuhan untuk pulang ke seberang sana. Benarlah kata orang, "penantian itu satu penyiksaan", kami pun tak tahu berapa jam menenunggu feri tak tiba2.

Masing2 penat menunggu, lepas bangun, duduk, bangun duduk...😂

Akhirnya....


Setelah sampai, kami singgah di hadapan Danau Toba ni untuk bergambar sebagai kenangan.


 Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. 
Dalam perjalanan, kami singgah di Puncak Simarjarjung. SubhanAllah, pemandangannya cukup mempersonakan dan memukau! 



 Kami pun tiba di air tejun sipiso-piso ini setelah satu jam lebih *mungkin* perjalanan ke sana dari danau toba. 


Masha Allah.. Memang tidak dinafikan, Medan mempunyai Wisata yang mempersonakan dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. 
SubhanAllah.

Air terjun Sipiso-piso. 

Setelah itu, kami pun menuju ke destinasi kami seterusnya.

To be continued...



Saturday 28 January 2017

Kembara Banat HN #part 1

Bismillah...
Sebelum balik kampus malam esok, saya ada bagitau dalam entry sebelum ni untuk cerita sesuatu disini kan?

Baiklah...
Sepertimana title entry saya ni berkenaan "kembara banat HN", ha.. Sebenarnya saya ingin mencoretkan sedikit perjalanan kembara saya bersama dua orang kakak saya dan juga seorang kawan kakak saya ke Medan, Indonesia. "Banat HN" tu merujuk kepada kami tiga beradik, iaitu anak perempuan Haji Naim dan Hasnah Ngah, ataupun gabungan ummi abi kami, iaitu HasnahNaim. 


Perjalanan saya bermula dari kampus saya, UIA, manakala 2 orang kakak saya dari rumah dan kawan kakak saya dari Perlis iaitu pada 10hb Januari sehari setelah tamatnya final exam saya bagi sem lepas.
Macam biasa la.. Memulakan perjalanan seorang diri menaiki public transport dari UIA ke KLIA 2. Maka, kami adik beradik pun 'gathering together' lah di airport tu.


Flight kami pukul 2.50 petang, manakala boarding time pukul 2.15 petang macam tu la kalau tak silap. Nak dijadikan cerita... Setelah kawan kakak saya, iaitu k.Intan sampai dalam pukul 12 lebih macam tu lah, kami pun siap2 lah untuk zohor dahulu. Usai solat zohor, boleh pulak nak makan kan.. Sedangkan masing2 dah tau masa tu hampir pukul 2,tapi entah la kenpa nak makan jugak katanya "makan laju2 gitu". Haha

Memang kami makan dalam keadaan kelam kabut lah! Tengok2 jam sudah menandakan pukul 2.15petang, apa lagi.. Kami berempat masing2 dah tak keruan berlari untuk check in. Bahananya tau bila check in lambat! Macam nak tercabut jantung masing2.. Dah macam "explore race" pun ada, tak pun "running man" *haha.. I tak layan okkk*😂


Alhamdulillah tak terlepas flight, cumanya dapat sakit lah buat saya yang berpenyakit nih. Dah tau tak boleh berlari, cari penyakit pulak pergi marathon dalam klia 2 tu, nak2 pulak tu lepas makan. Bertambah2 la sakit. Sakit apa? Sakit lah apa2 pun, tapi sakit ni di bahagian perut yang menyebabkan saya sakit nak berdiri lama2 dan juga berjalan banyak2.. Haih la.. Dah la nak mengembara ke negara orang. Tapi apa2 pun, masa tu fikir ada la ni Allah nak uji sikit, tak pun nak bagi belajar 'something'. Tahan je la sakit tu... Tapi.. Bila kita ada kakak 2orang di sisi, mengada sikit la dengan depa. Kesian depa naik muak lah dengan adik mereka ni, umur dah tua tapi macam budak2 lagi. Haha.

Maka... Bermulalah Hari Pertama kami di Medan. 

Actually, ada scene yang terjadi dalam flight dengan pramugara dalam tu hanya berkenaan ruang untuk letak beg je pun. Katanya takde ruang nak letak beg my sis, disarannya kakak saya untuk ambil cargo bagi. Geram jugak la dengan dia tu. Tahan je la. Alhamdulillah la saya pergi ke belakang, elok je ada ruang untuk letak bag..hmm siapa tak geram? Kami punya trip ni ala2 backpackers gitu... Tak munasabah la beg pack je pun nak ambil cargo bagai. Berpa kilo la sangat.

Ok lupakan kisah tu, think positively, ada sesuatu yang Allah nak kami belajar daripada itu, iaitu sabar. 

Baiklah.. Sekarang, bermulalah cerita kami di Medan. 

Penerbangan kami hanya mengambil masa 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur ke Medan. Kami berlepas dari KL pada pukul 3 petang kalau tak silap, maka tibanya kami di airport di Medan, iaitu Kualanamu International Airport Medan pada jam 3 petang juga kerana waktu di sana lewat 1 jam dari Malaysia. Ketibaan kami di sambut oleh Along Ilyas, iaitu kawan kepada kakak saya, Ain dan along ini lah yang akan jadi tour guide kami di sana. Sampai di kereta, kami dikenalkan dengan Taufik, kawan kepada Along. Mereka berdua adalah antara pelajar Malaysia yang belajar di Universitas Islam Medan.

Kami berempat di hadapan Kualanamu Airport. 


To be continued...

Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim, 
Ku mulakan rentak jariku menaip sedikit coretan disini setelah sekian lama terkubur blog yang lama sejak tahun bila pun dah lupa ku delete blog lama tu. bila difikirkan balik agak sayang juga, kenapa la ku padam blog tu kan setelah berapa tahun entah ku berceloteh di situ.

Maka, kini dengan nafas tahun baru, 2017, ku mulakan kembali untuk berceloteh. fuh.. jangan merapu merepek sudah la.

Sebenarnya dah lama buat blog baru ni, tapi malam ni baru betul betul ada semangat nak menulis dan kemaskan blog ni. Sebab utamanya, ada benda nak cerita! 

Tapi... next post la eh..

Assalamualaikum dan selamat malam!
Oh ya... cuti sem dah nak habissss!!